Sunday, October 29, 2006
open house


Open House

Hari ne mak ayah aku buat open house untuk sedara mara. Diorang awal2 dah call nak datang serbu ghumah.. hoh. Memang agak kabut jugakla mak aku dibuatnya. Nak jamu apa nanti ya..? Aku ngan Yati cakap tak kesah.. mak masak suma pun sedap.. diorang mesti makan punya.. hohoh..

Semalam Yati, ayahku ngan Fatin pergi beraya kat Sungai Buloh. Tinggal aku, ibuku ngan Asip kat umah.. Mak aku dah sibuk2 menyiapkan apa yang patut untuk esok. Aku saja takmo pergi beraya.. letih baik aku tulun mak aku masak lagi best.

Ingatkan tak letih mana. Same je letihnya. Siap kemas umah, basuh pinggan mangkuk. Tolong mak masak. Sampai sakit pinggang aku dibuatnya. Takut jugak aku.. sejak kene detect lower back pain tu aku amat berhati-hati terhadap tulang belakang aku ne.. huhu..

Hari ne sedara belah ayah aku datang btul2 time makan tengahari. Rendang memang tak abis. Yang abisnya ikan bawal masak merah.. buleh?? Agaknya diorang pun dah letih makan rendang sana sini.. sekali mak aku buat lain sikit.. abihla pulak.. alhamdulillah.

Semua paman2 aku pun datang. Bibik2 nya pun datang. Sepupu aku. Nampaknya aku memang kena bagi duit raya kat diorang ne.. huhuhu.. diorang blaja lagi.. Cuma aku ngan Yati je yang dah bekerja.. Susah juga jadik cucu sulung rupanya.. kohkoh..


0 commented.
Click to comment.

Friday, October 27, 2006
Balik KL


Balik KL

Hari raya kedua aku, Yati ngan Asip balik KL dulu. Mak ayah stay kat kampung lagi. Si Yati cuti tak lama. Raya ketiga dah kena keja. Masa raya pertama ngan kedua tu sempatla kitorang beraya sesama sendiri.. gi umah mak lang, pak Teh suma.. sampai letihla beraya.

Tahun ne aku ngan Yati dah kena keluarkan duit bagi duit raya. Hmm.. cepat sungguh masa berlalu. Teringat pulak mase kecik, duit raya sampai beratus. Syok. Dah sampai ketahap alam pekerjaan cenggini.. keseronokannya memang berbeza sekali.. huh!

Masa nak balik tu kitorang dimaklumkan Kuala Pilah jem teruk. Sib baik ayah aku tau jalan lama. Lalu Kuala Klawang. Tapi jalan memang best punya belit. Walaupun aku tak pernah lalu jalan tu.. ditambah lagi kitorang bergerak bertiga je pulak yang sorang pun tak tahu apa kalo sesat jalan.. memang selamba.. gamble.

15 menet pertama masuk simpang ke Kuala Klawang jalan dah start menguji kecekapan. Sib baik tak banyak keta. Macam tadet keta lalu pun ada. Risau gak aku kalo apa2 jadik susah ne.

Aku ingat sekejap ja jalan belit2 dia. Rupanya sampai ke Semenyih berbelit. Memang terbelitla kitorang. Kitorang siap beli asam tak tahan. Kohkoh. Ape2 hal pun memang puas hati lalu jalan ne. Keindahan yang susah nak dilihat kat mane2 jalan.

Air terjun ne sebenarnya sebelah jalan raya jer.. Dalam kul 5 petang kitorang selamat sampai ke umah. Aku sesampai je terus tido. Hoh!


0 commented.
Click to comment.

Sunday, October 22, 2006
Kampungku2


Kampungku 2..


0 commented.
Click to comment.

Saturday, October 21, 2006
Kampungku


Kampungku

Sampai kat kampung petang. Kesangapan aku tosah dicakap nak tunggu raya ne. Dahla takleh puasa.. pastu takleh isap rokok.. huah! Tak bley nak buat ape2 pun. Mak aku pulak tak buat ketupat ngan lodeh tahun ne. Kenape ntah. lagi la tahap cipan aku kebosanan kat kampung.

Yang pastinya.. sesampai je kat kampung kitorang sekeluarga bersungguh membersihkan rumah kampung Wan aku.. Yela, dah tadet sapa duduk kat situ. Jadi habuk dia lain macam sikit. Aku membersihkan tempat yang paling penting kat rumah tu.. iaitu tempat aku nak tidur malam nanti. Kohkoh..!


0 commented.
Click to comment.

Balik Kampung


Balik Kampung

Giler banyak barang kitorang bawak balik kampung. Naik 2 keta. Aku naik charade ngan yati.. yang lain naik proton. Selalunya bertiga naik keta balik kampung.. Hmm.. tapi kali ne lain macam sikit. Aku bawak mesin basuh bawak balik kampung.. buleh..?

Sib baik tak jem. Tengah on the way hujan pulak.. hoh.


0 commented.
Click to comment.

Wednesday, October 18, 2006
kerana kau Wanita

kerana kau Wanita


1. Auratmu lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. Perlu meminta izin drp suami apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Saksimu kurang berbanding lelaki.
4. Menerima pusaka kurang drp lelaki.
5. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wajib taat kpd suamimu tetapi suami x perlu taat kpd isteri.
7. Talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8. Kurang dalam beribadat berbanding lelaki krn masalah haid dan nifas yg tak ada pd lelaki.

Mengapa..?

Kerana korang perempuan itu istimewa.
Kerana segala sesuatu itu ada sebabnya.
Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg terbaik. Sudah pasti intan permata x kan dibiar berselerak, bukan?

Kau perempuan perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kpd ibunya 3 kali lebih utama drp ayahnya. Bukankah ibu adalah seorang perempuan?

Kau perempuan menerima pusaka kurang drp lelaki, tetapi harta itu menjadi hak peribadi korang dan x perlu diserahkn kpd suami. Manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk isteri dan anak2.

Kau perempuan perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat korang didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika melahirkn anak adalah syahid.

Di akhirat kelak, seorg lelaki dipertanggungjwbkn terhadap 4 perempuan ini:
isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorg perempuan pula, tanggungjwb terhadapnya ditanggung 4 org lelaki ini:
suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Kau perempuan boleh memasuki pintu syurga melalui mana2 pintu syurga yg disukai cukup dgn 4 syarat shj:
solat 5 waktu, puasa di bln ramadhan, taat kpd suami dan menjaga kehormatan.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad, tetapi wanita jika taat kpd suami serta menunaikan tanggungjwb kpd ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

masya-ALLAH..
demikian sayangnya ALLAH kpd kamu wahai perempuan.


0 commented.
Click to comment.

Tuesday, October 17, 2006
26


26

Libra woman mostly has an egg oval facial shape. She has a nice smooth skin and a good figure. She will spent so much efforts to keep her skin clean and pretty. She can be easily allergy to cosmetic and make up, but taken care of her face and avoid wrinkle is her hobby. She is good at it and tend to look younger than her age.

She can be very naughty like a little boy, but yet fully 100% woman. She looks nice in either Jean or night gown. She thinks woman is equal to man. Sometimes she can think faster than you, but she will not leave you far behind. She will try not to make you feel like you are competed or defeated in any games she plays with you even she is winning.

She is a little flirt even she has no idea what she wants. She can not decide what to do, and what not to do, so she can not set her schedule very well in all cases.

She is gifted with how to dress, and how to match her dress. She likes to dress in black and wear perfume. She likes a mild flowery scent.

In any argument, she can really argue. She can argue for hours, and mostly win the argument. If it is not a serious argument, she could argue and once a while give you a smile also. She will make a good politician, because she can tell which party will win the election.

She always has good reasons; even she likes to contradict herself. She can not decide what is right and wrong for her, because everything has a good side and a bad side. Woman in other Zodiac might not care what other people think, but Libra woman care what other people,or what you feel as much as her own feeling.

She can adjust to her environment very well, so at work she will be at the ladder up. She likes team work in doing things. If you ask her for help or advice, she will help you except if she does not like your guts. She can change you and make you think you change by yourself without her influence.

Good side of being with Libra woman are she never interfere with your privacy. She will not make you loose face in front of your friends. Even she cares about how much money she has left his her bank account; she will never forget to let you know how much she cares for you.

She think taken care of the house is a woman job and she can do it well. But if you expect a Libra woman to fear you, then you are wrong. She is a strong woman even she looks at you with that sweet innocent pairs of baby's looks and may loose you (let you win) in a few poker games.

If she is the one you are after, then go step by step. The best way is using her friends introducing you to her. Do not make her feel or treat her like a bubble head. You have to move forward toward her with confident and secure. Show her that you are a kind, polite and a real gentleman. Be a slow hand or else you might get smack!


0 commented.
Click to comment.

Saturday, October 14, 2006
Gathering

Gathering


Semalam pegi makan berbuka puasa kat Flaming Steamboat. Beramai-ramai dengan budak diploma dulu. Yang bestnya bole makan banyak mana dan bayaran RM 16.90 seorang. Ais kacang pun ada.. haha..
Aku tengah kemalasan nak menaip. Rasanya tak cukup tido kot. Insomnia.. huhu..

Apa yang aku bole kate.. aku suka makan kat sini. Puas hati. Lain kali aku nak pegi lagi.. kohkoh


0 commented.
Click to comment.

Friday, October 13, 2006
Dance with The Light


Dance with The Light

Aku pegi lepak minum2 ngan Asip. Malam tak tau nak buat ape.. Asip drive aku amik gambar.. Huaahh..


0 commented.
Click to comment.

Thursday, October 12, 2006
Home Sweet Home

Home Sweet Home

Bagai rumah kedua buat aku.. Koh koh. Kat sinilah aku menghabiskan masa hampir separuh hari dalam kehidupan harian aku. Bebaru ne Boss aku rebranding creative tomato. Buat logo baru, letterhead, business card, dan segala bagai.. Tak lame lagi aku akan ada business card sendiri dari Creative Tomato.. Hoho..!

Tak sangkanya begitu cepat mempunyai business card.. Yey! Walaupun aku tak confirm lagi. Vicky aritu bersungguh tanye dalam masa terdekat ini adakah aku akan berenti?? Aku terdiam nak jawab. Manela aku tau apa yang terjadi di masa depan.

Yang aku pasti, setakat ini aku tadet keinginan nak cari kerja kat tempat lain. Aku memang dah selasa kat sini. And I want to learn a lot from here.. Yeah!

Cuti raya aku start pada 18hb Oktober - 30 Oktober. Mengalahkan cuti cekgu aku rasa.. hoh hoh!


0 commented.
Click to comment.

Wednesday, October 11, 2006
Lower Back Pain


Lower Back Pain

I had a lower back pain. Huhu.. entah cemna boleh kena. Semalam bangun nak sahur je aku terus rasa kesakitan itu.. Ingatkan sekejap ja.. sampai ke ofis aku tak boleh buat keja.. dan seterusnya sampai ke malam aku macam dah nak nangis mase nak tido..

Masa berdiri tak sakit sangat.. bila baring.. hadui.. mengaduh kesakitan ya amat! HuUUu.. Terasa kejang dari tulang belakang bahagian bawah hingga ke belakang peha dan lutut. Buntut pun terasa.. hadeh..

Malam tadik jam 2 pagi aku kijutkan ayah aku. Macam kanak2 yang tak tau nak buat ape dah.. merengek kat ayah kesakitan.. Memang sakit! Ayah aku suruh makan panadol 2 biji.

Mulanya aku ingat tak berkesan.. entah cemana aku terlena sampai ke pagi. Lena sungguh tidur.. pagi ni badan aku segar berbanding biasa.. Hmm.. sebab panadol. Aku tau tak elok.. and I had no choice that time.

Kalo sakit lagik.. aku nak pegi jumpa doctor..


0 commented.
Click to comment.

Author
Im Dian.
A hopeless romantic Creative Designer and spend my time a lot at Creative Tomato,
Petaling Jaya,
Malaysia.

Fav Links
 Creative Tomato

My Friendster

 Ukane
 Cik Non
 Misae
  Ekidora
 Ardy


Archive
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
August 2007
October 2007
November 2007
January 2008
June 2008


Shout!

Free chat widget @ ShoutMix


Credits
 Blogger
 Blogskins
 ShoutMix
 Facebook
 Friendster
 Photobucket