Saturday, May 27, 2006
Manager..

Manager..

Sejak minggu lepas 'company' aku ade 'hire' sorang 'manager' neh.. En. Fahmi yang berumur 24 tahun. Agak terkijut jugakla bebudak ofis.. kitorang puas teka umur dia dalam lingkungan 26-32. Sekali hamik ko.. baru 24 tahun.. waa... aku.. setakat ni tadet ape2 komen.. tapi itulah dia... 'manager' aku..

Dan sejak dia 'in charge' kat ofis neh aku tetiba terasa keletihan tahap hantu.. dan aku rasa lagi dua hari kalo berterusan macam neh aku bley jadik hantu agaknya.. muahahaha..

Mana tak? Aku letih! Letihnya... hades.. masuk pepagi kul 11.00. Hari Sabtu dan Ahad neh semua diwajibkan masuk kul 10 pagi!! erkgh..! Tadik aku sampai ofis kul 9.50am.. nasib baik sempat, kalo diikutkan keadaan aku mungkin lewat. 'Jam' teruk kat MRR2. Ade eksiden kat tengah jalan kat Bandar Tasik Selatan.. bikin
kelakar pulak lori neh pepagi.. hades.

Pastu tadik aku balik kul 9pm. 11 jam kat ofis. Ngadap tepon aku... ngaa.. keletihan otak aku dibuatnya sejak 'manager' ade kat sini. Tersasul-sasul aku cakap ngan 'customer'. Sampai ketahap aku buat sarkas pulak ngan 'customer'.

Ade je tadik aku 'call' sorang 'customer' neh.. bila dia jawab phone, aku tanya soalan klakar.. 'how can i help u mam?' tak ke mengong kejap 'mam' tu.. last2 dia give up.. maybe wrong number... bile dah letak tepon baru aku tersedar.. aku yang call dia rupanya.. patutla blur.. hergh.

Ntahla.. nak ikutkan banyak lagi mende kelakar yang aku buat kat opis ari ni.. tak larat aku nak cerita. Apa yang pasti.. aku letih.


0 commented.
Click to comment.

Sunday, May 14, 2006
His Eyes

His Eyes

Malam tadi lepas kerja aku ngan siZara, budak-budak baru
yang nak 'training' pergi HSC Medical Center. Kitorang sesa-
me tong-tong duit minyak pegi sane.. Tadet pape yang menarik
cuma untuk minggu ini Madam Chan adela 2 kali bagitau
aku 'i had a good performance..' aku tersenyum puas.. 'the best
that i promise myself before tells me some result here.. im glad'.

Semalam Madam ade datang ofis nengok kitorang buat keje..
Aku datang kat meja dia, aku bagi pen kat dia.. siap ngan ink
spare lagi.. aku pun tak tau kenape dia berkenan sangat ngan
pen yang aku guna sebelum ni.. aku hadiahkan kat dia..
walaupun bukan berape sen sangat harga dia.. aku betul-
betul ikhlas nak bagi..

Tiga hari sebelum neh aku ade temankan siZara gi jumpa mem-
bernya, siSham. Membernya itu pulak datang dengan member-
nya lagi sorang.. andy. Mulanya aku berat hati jugak nak temankan.
Tapi sebelum2 neh dah berape kali aku tolak.. aku pun dah janji
ngan dia malam tu aku free bole pegi lepak.. hesh.

So, kitorang berempat pun pegi makan kat One Step kat Setapak.
Rase macam nyesal time tu pun ade.. mane tak nye.. Sham ngan
siZara ni syok borak2 aku dok diam kat situ.. lagipun environtment
bising aku tak selesa nak borak ngan Andy.. letih aku. Aku try
jugak le beborak ngan Andy ni.. kang cakap aku sombong dah satu
hal pulak.

Tengah dalam beborak tu tetiba Andy pandang tepat kat mata aku.
Dia tanye something.. masalahnya, aku tak ingat langsung ape dia
tanye time tuh.. aku macam terkejut kejap. Kenape dia pandang aku
camtuh?? But im just ignore what happen that time.. there is nothing
special about it..

Keesokannya cam biasa aku pegi keje.. tengahari tu masuk keje aku
borak2 jap ngan Zara. Then, mase nak continue buat keje aku macam
terbayang 'mata' malam semalam.. Hati aku terdetik satu perasaan
yang aku tak tersangka aku akan rasa.. 'i felt full respect with the way
of that eyes looking at me..' eh? Kenape tetiba aku terasa macam tu..?
Kenape malam tadi aku tak rase pape? i keep doing the same thing,
ignore it..

Dan hari ni adalah hari ketiga. Petang tadi siZara cakap Sham ngan
Andy kem salam.. aku senyum. Tapi dalam hati aku macam berbunga
sket.. dan malam ni aku macam rindu kat 'mata' tu. Asal aku duduk
senyap sikit je aku terbayang 'mata' tu.. kali ni aku betul2 tak dapat
nak ignore.. sebab tu la aku ada kat sini tules blog pasal bende ni..

Hadeh.. hanya disebabkan 'mata' je aku bleh rajin nak datang cc
tules blog jer? Maksudnya 'mata' ni bukan calang2 mata la kot..
Aku cuma tertanya-tanya kenape tetiba sepasang mata itu men-
jadi begitu istimewa sampai aku sanggup tules ke dalam blog neh?
Adakah korang rasa curiga dengan cerita aku neh?

Aku tak rase excited. Aku juga tak rase itu satu 'pandang pertama'.
Aku pelik. Kenape mata itu boleh menjadi satu tarikan yang mula-
nya aku tak rase ia adalah istimewa?? Aku takla rase seronok sangat
borak ngan Andy malam tu.. cuma aku rasa selesa borak ngan dia
walaupun baru first time jumpa, dan dari apa yang aku nampak dia
macam seronot borak ngan aku. . . . entahla.

Ape yang aku boleh simpulkan di sini. Aku suka mata tu.. hahaha..


0 commented.
Click to comment.

Saturday, May 13, 2006
Mother's Day

Happy Mother's Day.
Tak pernah-pernah aku ingat bila tarikh Hari Ibu..
Terima kaseh pada 'customer' yang aku 'invite ke
HSC hari neh.. tak tersangka aku, kebanyakan org
yang aku 'call' adela beberapa orang taknak datang
HSC sebab diorang nak 'celebrate' hari ibu neh..
Terkijut pun ade jugak.. kebanyakannya 'customer'
cina yang 'celebrate' hari ibu neh.. ngaa..


0 commented.
Click to comment.

Tuesday, May 09, 2006
Adakah aku?

Semalam aku off day.. dah tak tau ape nak buat kat umah.
Nasib baik siZara bagi sms ajak kuar.. dia pun kebosanan.
Yela.. kitorang cuti time orang keje.. nak jumpa kawan kat
tempat keje mengganggu pulak.. Nasib baik ade geng.. eheh.

Aku gi tengok M.I.3. Bole tahan jugakla.. memang kejap je
tak kejang2 otot aku nengok. Masuk2 je dah kejang.. dan terus
keras sampai habis.. huh. Terseksa dan enjoy.. nak dibanding
kan lagi best dari M.I.2.. hu..

Malamnya pulak, dalam kul 11 malam aku gi jumpa siFaizal..
Dia buat overtime.. dia ajak turun uptown. Aku jumpa dia..
adela beborak 2 jam. Nak diikutkan sebenarnya aku banyak
mendengar dan bertanya.. sek dia je cerita tak berenti..

Entahla.. aku macam mati akal nak borak ape ngan dia..
aku tak tau nak bercerita ape.. Sampai satu tahap aku berasa,
aku bosan.. boleh ke? Hurgh.. mesti kenkawan aku marah
lepas neh.. ngaa.. mesti korang pelikkan?

Mase on the way balik tu.. aku rasa bukan aku sorang saja
yang rasa bosan. Aku rase dia pun mesti bosan.. betul ke??
Mase drive tu aku bawak slow sket.. takut roadblock.. dan
terpikir-pikir.. betul ke aku suka ko Faizal?? Aku cuba de-
finasikan perkataan "suka" itu..

"Suka" yang aku rasa adalah sekadar suka sahaja.. its brings
no such feeling of excitement.. there is no such word like love,
it is purely like itself.. hmm..

Adakah lepas ni ade orang yang akan marahkan aku..?? Adakah?
Entahla.. nak diikutkan pun sebenarnya aku tak nampak tanda-
tanda yang si Faizal ni sukakan aku.. mungkin terlalu awal.. atau-
pun mungkin betul ape yang aku rasekan ni.. instuisi aku.

Ape2 pun, aku bukan putus harapan. Aku harap apa yang aku
rasakan ni betul.. setakat ni aku percaya dengan apa yang aku
rasa.. mungkin dia bukan yang terbaik untuk aku dan begitu
juga sebaliknya..

Aku rasa macam aku ni kerdil walaupun aku tinggi hehe..
Aku rasa banyak lagi peluang yang ada kat luar sana untuk
aku lalui satu persatu.. cukup banyak..

Aku dah lalu satu.. dan bagaimana dengan satu yang seterusnya..?


0 commented.
Click to comment.

Tuah ayam nampak di kaki..

Minggu ni terasa perubahan mendadak dalam sifat moody aku neh..
Minggu lepas aku boleh dikatakan tense sampai rase susah nak tido
sebab pikirkan pasal tempat keja aku.. Mane taknye lepas bos aku
dah slow talk ngan aku, memang ku gagahkan juga bertahan buat
keja.

Aku amik keputusan nak stay dulu dan lihat projek baru yang akan
datang neh.. kalo dah tak bole jugak barula aku berenti. Dalam
masa yang sama ku kabar-kabarkan juga tentang niat aku pada
kenkawan yang aku tengah cari keja Graphic Designer.. kot-kot
emergency senang.. hehe..

Minggu ni aku terasa kepala aku ringan. Hilang satu beban yang
memenatkan. "Officemate" aku seperti menjadi orang baru kat ofis..
huu.. setakat ini Alhamdulillah.. aku bertegur sapa jugak ngan dia..
aku yang memulakan perbualan ngan dia, aku tau dia agak takut
untuk memulakannya.. mungkin takut aku buat bodo jer.. aku tak
sekejam tu.. aku tahu batas aku.. adalah berdosa kiranya aku tak
bertegur selama 3 hari berturut. Aku lembutkan hati aku untuk tegur
dia.. hmm

Masalah kenkawan yang tumpang tak nak bayar minyak bersama
juga turut ku settlekan sekaligus. Rupanya kawan ku yang lagi
sorang ni tau segan jugak.. tersalah sangka jugak aku mulanya.
Terima kasih pada kenkawan yang bersimpati, dan yang paling aku
berterima kasih adalah pada ayahku sendiri. Aku betul-betul
menghargai sokongan2 semua..
Terima kasih daun keladi..

Minggu lepas ayah aku dah perasan perubahan aku. Dalam
kesempatan yang ada ayah tanye samaada aku ada masalah ke?
Aku ceritakan serba sedikit pasal nak berenti keja, officemate, dan
kawan yang menumpang aku balik keja. Dia setuju dengan tindakan
aku untuk stay dan sambil2 mencari keja yang lebih baik. Kurang
setuju dengan kata2 berterus terang aku terhadap officemate dan
siap ajarkan lagi bagaimana nak bercakap dengan orang2 seperti
ini.. dan ayah agak bengang.. kenape tak kongsikan ngan ayah?
Lain kali tak perlu tunggu ayah tanye.. apa2 masalah ceritakan jer..
erk.. aku.. aku.. aku touching kejap.. haha. Tq yah! Cayang ayah..

Baru-baru ni aku praktikkan apa yang ayah aku ajar. SiKawan aku ni
nak minta tumpang.. dengan selamba dan senang hatinya aku
menjawab "Nak tumpang takkan dengan air liur je kan..?" Dalam
hati aku neh tersenyum-senyum.. haha.. dan sejak hari itu agak
susah dia nak tumpang balik dengan aku.. Bebaru neh mak aku
macam terkejut kenape aku balik awal.. aku senyum dan
buat2 tanye awal ke? Jawapan sebenar.. aku sebutkan je dalam hati.

Minggu lepas sebenarnya aku ade mintak cuti selama 3 hari dengan
Madam Chan. Aku personally jumpa dia, nak rest.. tense sangat aku
sebenarnya minggu lepas.. Aku diberi cuti 3 hari. Aku bukan buat
ape pun.. relaks dok umah. Sambil aku fokuskan betul2 apa
sebenarnya yang tense kan aku ketahap tak bole tido neh..
Rupanya, aku terlalu risau dengan masalah aku. Berkali-kali aku
bagitau diri sendiri, masalah ni tak seberat yang aku fikirkan.. aku
mampu selesaikan.. walau apa pun yang berlaku aku percaya aku
boleh lalui. Aku kerap berkata-kata.. be positive!

Yea.. dah pulih balik kesediakala. Aku sedar aku cukup bertuah
sebenarnya. Aku baru tersedar Madam Chan ni sayangkan aku
sebenarnya. Haha.. Dahla offer jadik consultant, pastu mintak cuti
bagi pulak tu.. apa lagi yang aku nak? Aku nak buat
the best keje ngan Madam aku neh.. dalam garang2 dia sebenarnya
baik.. esh betul2 bertuahla aku rasa.
Keep on moving yeah!


0 commented.
Click to comment.

Wednesday, May 03, 2006
Hilang..


Lamenye aku tak update blog.. ikutkan hati aku memang malas nak
online dan update. Ntahla.. kebelakangan ni mood aku turun
mendadak.. sampai ke tahap tension.. aku sakit kepala berdenyut
denyut.. Adela sampai satu hari tu aku dah tak bleh handle sakit
kepala ni aku pegi joging memalam. Dekat satu jam aku jog. Bole
tahan peluh aku.. pastu terus hilang sakit.. esoknye pulak dating
balik..aku geram aku gi cycling plak memalam.

Mak ayah aku dah risau, buang tebiat ape aku ni memalam
exercise?? Aku sediri rase macam tak selamat nak kuar dalam
Serdang ni.. maklumla dah banyak kes aku dengar.. hesh..!
Tapi dah sakit tak risau ape dah.. lepas ni aku nak jog pepagi
plak..Semalam aku gi umah member lame aku si J. Kawan mase
matrik dulu.. lame tak jumpa dia.. dah kawen anak sorang.. anak
dia comel pulak tu.. rase macam nak gigit jari tangan dia.. haha..!
Mate bulat besar kaler hitam.. huiks! kalola anak aku kan best..
kekeke.. (jangan suruh aku kawen cepat aa..)


Minggu lepas mase aku dimotivasikan oleh Madam aku ambik
keputusan untuk stay keje kat ofis dan try sesuatu yang baru untuk
projek yang akan datang ni..Walaupun hatiku meronta-ronta aku
tabahkan jugak buat keje. Aku dah janji i will try my best! Dan
result dia bole la tahan.. walaupun aku rasa agak kecewa. Aku
target minggu ni aku dapat achieve 8 qualified tour.. tapi aku
mampu 7 sahaja..Ngaaa... tapet cuba lagi sekali..! Haik..!


Time-time aku tengah tension camni la pulak.. adela 2 3 hari selepas
dimotivasikan tu ade kes pulak kat ofis aku. Aku telah mendapati
kawan aku yang aku selalu tumpangkan balik kerja telah mengambil
tour aku.. Budak-budak ofis aku yang lain dah lame bagitau aku..
tapi aku diamkan jer.. pastu aku dengar pulak side budak yang
mengambil tour aku ni.. aku diamkan lagi.. aku cuba menghakimi
tanpa terlalu emosi.. aku cuba cari logik bende ni terjadi.. adakah
budak2 ofis tipu aku?? kalo ya kenape?? suke tengok aku gaduh
ke?? Pada penilaian aku jauh sekali diorang nak buat camni..


Aku pikirkan pulak side yang lagi satu.. selama aku berkawan aku
banyak tolong dia ni.. sampai hati ke dia buat aku macam ni?? Yang
inilah yang meragukan aku..aku tak pernah rasa dihargai setiap ape
yang aku tolong dia neh.. Pada pendapat aku setelah beberapa bu-
lan kenal, aku rasa tak mustahil.. Mase aku find out tu aku berdiam
diri. Time nak balik dia mintak tumpangkan pegi LRT station.. time
tu aku nekad aku nak cakap ngan dia.. bile dah sampai aku bagitau
dia aku nak cakap sikit. Keluar je dari keta aku terus tanye direct
kenape tour aku dijemput atas nama ko? Suara aku time tu macam
bergetar. I am so..
UPSET!


Dia ceritakan balik perkara yang sama dia ceritakan kat aku sebelum
ni.. Aku tak puas hati.. aku nak dia berterus terang at least aku
dapat dengar perkataan maaf dari dia.. tapi sebaliknya dia
menyalahkan kesilapan ni padaZara (budak ofis yg bgtau aku). Aku
dah berkali-kali cakap jangan libatkan orang lain.. dia macam tak
faham.. dia nak jugak salahkan Zara. Mase dok tense berbahas
dengan dia.. aku tak taula dia terlepas cakap kot.. yang dia dah
lama tak puas hati dengan Zara sebab Bos lebihkan dia.. hmm..


Memang la Zara budak baru.. Bos suka dia sebab dia buat keje
bersungguh, kalo siZara ni dilebihkan Bos tapi keje tak semenggah
aku pun rasa tak puashati.. masalahnye dia memang buat keje
bagus.. tak heranla aku kalo bos sayang dia.. aku pun senang
berkawan ngan siZara ni..


Kemudian kawan aku ni tak cukup pulak nak salahkan Zara.. aku
terkejut dia boleh salahkan aku sekali.. Kenape aku tak bagitau
awal2 dalam ofis? Kan senang boleh suruh budak admin betulkan?
Dia kata dia dah perasan mase aku check beramai-ramai tu tapi
Dia tunggu aku cakap ngan dia.. kalo betul itu adalah satu kesi-
lapan..kenapa tak dia sendiri yang bagitau budak admin tolong
betulkan..?? At least aku nampak keikhlasan dia kat situ.. kenapa
dia sendiri tak amik peluang tu untuk betulkan kesilapan dia??
kenapa mesti salahkan orang lain.. salahkan aku tak bgtau awal2??
Salah ke aku bagitau secara private??


Memang siZara dah suruh aku cakap kat kawan aku ni mase check
tu.. tapi aku nak cakap ngan dia private. Sebab aku bukan tak puas
hati pasal tour tu.. aku..
TAK PUAS HATI KENAPE DIA SANGGUP BUAT MACAM TU??
dan aku nak dengar perkataan MAAF.. itu sahaja.

At least di cakap maaf aku rasa release.. berterus terang.. dari
berterus terang sekurang kurangnya ada satu sebab aku percayakan
dia.. macam mana aku nak berkawan kalo aku dah hilang
kepercayaan?? Aku bukan orang yang suka berpura-pura. Aku
marah.. aku kecewa.

Dia kata ngan aku.. be professional. Ok.. dengan mudahnya time tu
akumemberi keputusan professional aku..
"Kat ofis kita officemate, kat luar kita bukan kawan.."
Pada aku there is no point im being one of your good friend.. if i lost
my trust to you.. i wont pretend to myself. If you say sorry that
time.. aku takkan tergamak cakap macam tu. I am totally lost..
hilang kesabaran aku. Dan aku tak menyesal dengan setiap apa
yang aku cakap..

Baru aku sedar.. dalam diam kesabaran aku ni ada batasnya.. dan
aku seorang yang agak tegas.. Pada masa yang sama aku juga
sedar aku ni seorang yang COMEL.. Muahaha! peace!


0 commented.
Click to comment.

Author
Im Dian.
A hopeless romantic Creative Designer and spend my time a lot at Creative Tomato,
Petaling Jaya,
Malaysia.

Fav Links
 Creative Tomato

My Friendster

 Ukane
 Cik Non
 Misae
  Ekidora
 Ardy


Archive
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
August 2007
October 2007
November 2007
January 2008
June 2008


Shout!

Free chat widget @ ShoutMix


Credits
 Blogger
 Blogskins
 ShoutMix
 Facebook
 Friendster
 Photobucket