Thursday, August 31, 2006
Malam Merdeka


Malam Merdeka

Hari ne dah janji ngan El, Nona dan Misae untuk kuar tengok wayang. Entah cemana plan tetiba bertukar bermain bowling. Aku ok jer. Dah lame tak main bowling sebenarnya.. tak tau bleh main lagi ke tidak.. hehe..


Kitorang gi Mines. Kat southcity plaza ade tournement. Yang bestnye aku rase.. balingan pertama aku strike..! who! Bestnye..

Main 2 game je. Tapi terasa lama. Aku ngan Nona nak tengok bunga api. Last2 dengar bunyik bunga api jela dalam Mines.. hoh..hoh.. Tapetla.. New Year bleh tengok.


Abih main je pegi amik gambar. Aku terasa macam budak2 sekolah menengah. Macam dulu2. Otak suma sebulu je.. yang merepek2 pun on jer.. best jugak sekali sekala buat keja merepek ne... hua.. hua.. hua.. ~


Bukan setakat itu saja.. kitorang sambung lagi melepak kat Maulana Minlon. Dah lame tak lepak sesama.. Masing2 cerita masalah tempat keja. Kesian korang. Hari2 stress.. Terutamanya Nona. Aku siap tanya jadual satu hari dia.. koh..koh.. tapi akhirnya tak terjawab.. tapetla Nona.. nanti aku tanya lagi ya..


0 commented.
Click to comment.

Tuesday, August 29, 2006
Work Day Out


Work Day Out


Hari ne jam teruk gilak. Aku memang marah kepada semua pemandu2 didepan aku. Mau taknya aku nak ikut Vicky pegi jumpe client. Janji jam 9 mesti sampai sana.. kalo tadet aku tinggal.. huhu..

Jam 9.05 akhirnya aku sampai. Rupanya Vicky pun lambat. Memang keadaan jam hari itu sangat teruk.. cukup heran aku dibuatnya.. semalam lengang habeh.. bile aku dah janji ngan orang time tula buat hal.. marah aku. Marahnya..

Aku, Vicky dan Vino pergi ke tempat printing. Itu adalah kali kedua aku gi sana. Hari ne memang mencabar kemahiran aku sebagai designer.. ade kaler problem. Aku kena pilih kaler yang sesuai.. aku harap mata aku tadet masalah tengok kaler bebanyak.. sumanya seakan-akan serupa.. huhuhu..

Then, kitorang gi Novotel Hotel amik payment dan jumpa client. Lepas tu gi Impiana Hotel. Pegi lunch. Pastu pegi Impiana balik. Memang letih jalan satu hari. Nasib baik aku ske pakai kasut. Kalo dibuatnya pakai tumit mampos aku jatuh2.. hua~

Akhirnya sampai ofis jam 7 petang. Jalan jam teruk. Aku siapkan perubahan design yang client request.. tepat jam 9.30 aku balik. Tak jadik aku nak gi gym.. letih.

Baru sekarang aku paham proses mendesign dari awal sampai akhir. Itu pun aku rasa ada lagi benda yang aku tak tau.. Hua~


0 commented.
Click to comment.

Monday, August 28, 2006
Busy


Busy

Sememangnya kesibukan itu membuatkan aku lupa. Aku lupa hampir semua benda. Yang aku ingat hanya apa yang aku perlu buat dan benda2 yang aku dah janji dengan orang. Memang nak kene ade organizer yang buleh bercakap aku rasa.. kan best kalo ade organizer yang bley bercakap.. hua.. hua..

Hari ne tak banyak work. Cuma ada satu keja urgent untuk disiapkan. Jadi aku sangat banyak masa untuk bersantai.. jadi aku luangkan masa untuk tules blog.

Malam tadik Vicky (owner Creative Tomato) iaitu big boss aku panggil masuk bilik. There must be something serious to talk about. Dia tanya samaada aku ada kerja nak buat tak esuk. Aku tadet keja. Jadi, dia mengajak aku mengikutnya bersama pergi jumpa client esuk pagi.. memang dah lame aku tunggu peluang camne.. haha.. akhirnya.

Pada masa yang sama, tengah aku sibuk2 print keja terakhir dia tetiba dok sebelah aku sambil bercerita secara terperinci tentang sejarah Creative Tomato ne. Creative Tomato ne hasil partnership antara Vicky ngan Mei Lee. Dalam bulan September ne Mei Lee nak tarik diri.. she wanted to do something else. Jadi Vicky adalah pemilik tunggal.

Sebelum dia mula part yang lebih serius dia tanya samaada aku comfortable tak keja sini. Aku paham benar maksudnya.. adakah aku nak keja lama dalam CT? Aku cakap aku comfortable. Makin selesa. Then dia memulakan cerita seriusnya..

Mulanya dia tak sangka aku buleh tahan keja sini. Sebab portfolio aku tak cukup impressive berbanding artwork orang lain.. keh keh.. memang ya pun. Aku sebenarnya tak cukup pengalaman. Dan itulah yang aku cari sekarang ne. Then, dia sambung lagik yang membuatkan aku bangga dengan diri sendiri. Dia impress bile tengok hasil kerja aku dalam CT. Dia mengaku dia tersalah jangka.. hua~

Tak lame lagi Shanny (designer) nak berenti sebab dia ade bad lump, iaitu sejenis kanser payudara peringkat awal. Dia nak cuti panjang, buat operation dan kerja berdekatan ngan family dia. Maka tinggal aku seorang untuk handle sampai bulan sepuluh. Bulan 10 ne ade senior designer nak masuk.. koh..koh..

Dari cara Vicky cerita, dia nak aku jadi seorang yang indipendent and problem solver without him. He expect me to do more after December. So, within these month aku kena selalu follow Vino (adik Vicky) jumpa client and understand printing process segala benda. Sekarang ne kiranya aku diberi training 4 bulan then after that aku kena gi buat seorang diri.. ho..ho..

Inilah kerja pertama yang aku rasa betul2 part of the company. Aku rasa seperti aku turut bertanggungjawab terhadap CT dan bukan setakat pekerja sahaja. Memang Vicky orang pertama yang inspire aku selama-lama aku bekerja dengan orang.. i feels like i want to do something better for myself and for this company.

Memang Vicky tau apa masalah aku. Terang2 dia cakap.. I dont have to worry about payment. Keh..keh.. obvious kah cara aku bertanya..? Memang aku demand something dengan Vicky. I want to do my level best here.. and i want to see Vicky do what he said to me. After December..


0 commented.
Click to comment.

Santalucia

Santalucia

Ayah aku entah cemana dapat surat dari Spain. Surat dari Sanatalucia Security Company ne mengatakan ayah aku dah menang International Lottery tempat ketiga. Huhu..

Jumlah duit yang ayah aku menang pulak tu kemain banyaknya. Bulat mata aku tengok jumlah.. mau taknya.. setengah juta. Gilak ah.. tak percaya aku. Awal-awal lagik aku memang tak percaya..

Sebab ayah aku tak main lottery. Cemana bleh menang pulak? Itu dah satu yang mengherankan. Pastu pulak dalam surat tu cakap jangan bagitau public.. takut double claim.. aku dah ragu-ragu.. dan yang ketiga.. letterhead dia cam print murah. Tadet kualiti punya print. Kalo betul company ne bole bagi setengah juta takkan letterhead punya print kualiti cam printer rumah aku..?? koh koh..

Last-last aku siasat pagi ne. Sah. Memang penipu. Dah ramai orang yang kena. Kalo kate ayah aku reply, company ne akan mintak bayaran pendahuluan sebab ada masalah ngan bank Internationall.. aku pun tak paham sangat.. tapi memang fake company ne..

Bleh tengok sendiri kat laman web ne. Nasib baik la ade orang yang baik hati buat website ne.. hoh..~!

Santalucia Security Company


0 commented.
Click to comment.

Friday, August 25, 2006
Steam Bath


Steam Bath


First time pegi steam bath.. memang jakun habeh. Kelakar pun ada.. memang aku ini orang yang ibikin kecoh da.. hihihi.

Buat pertama-tama kalinya aku dengan berlagaknya nak dok dalam ne 30 min. Konon-konon boleh tahan la.. haha.. Memula masuk ok. Aku maintain. Dan 5 min kemudian aku rase cam dah nak sempot.. Susahnye nak bernafas. Huh..! Seksa habih.

Aku gagahkan juga untuk bertahan. Tapi memang dah tak larat. Dalam hati aku.. lepas ne kalo dia keluar asap dia lagik aku kuar.. tak sempat kuar asap daa.. aku kuar tepat 15 min kendian.. kohkoh..

Sebaik saje aku keluar aku ternampak kelibat lelaki. Eh.. kenape ade apek kat sini. Apek tu ternampak aku je terus blah. Aku terkejut. Nasib baik ade sorang trainer ne. Dia pun terkejut tengok aku. Sebab dia ingat tadet orang. Diorang nak renovate sket tempat itu.. huhu..

Aku rasa cam ternoda je.. huhuhu.. Aku nak jerit time nampak apek tu pun tak larat. Tengah sedap tarik nafas. Memang tak larat. Badan rase letih sangat2. Aku sampai umah dalam kul 11 malam. Terus tido.

Tak sempat aku nak berangan, aku dah shut down. Esok paginye.. position aku tido sebijik cam position aku terjaga. Dah lame aku tak tido lena camtu.. yang tadet pikir2 punya time tido. Betul2 shut down! Hua hua hua..

Marilah kita pegi steam lagik.. Kepada cik nona. Aku bukan tanak bagitau ko. Masalah2 seperti ini harus ditanya kepada Cinderella to be tuh.. Ape2 pun aku tetap mintak maaf sebab segerombolan dengan cik Cinderella tu.. hua~

Maaf ya..


0 commented.
Click to comment.

Wednesday, August 23, 2006
Cherating


Cherating

Aku pergi ke Cherating sempena Mardi Family Day.. dan juga merupakan kali terakhir untuk kitorang suma 'join' hari keluarga Mardi ne. Ayah aku pencen tahun ni. Pegi 3 hari 2 malam. Tak lame.. tapi memang puas hati. Tempat cantik.. pastu 'enjoy habih. Punyala bersuka ria macam dah tahap budak darjah 4.. keh keh..



Hmm.. bilik yang kitorang dapat tadetla besar mane. Cukup untuk 4 orang tido je. Fatin memang awal2 lagi titun ngan mak. Yang kesiannye siAsip.. kene tido kat sofa. Cian dia.. Nasib baik lelaki.. tak kesah sangat pun..



Hari kedua kat sana aku macam dah busan. Kat luar hotel tadet pape. Dalam hotel dah puas tengok. Aku, yati dan Asip pakat jalan tepi pantai sampai hujung kat tempat batu2. Nampak je macam dekat.. Mau 1 jam baru sampai da.. letih toksah cakap.. 'time' tu plak jam kul 2 tengahari.. memang best la jalan2 kan diwaktu cenggini.. aku suka.

Sampai kat batu2 tu.. memang puas hati. Berbaloi jalan jejauh camne. Banyak gambar cantik dan pelik aku ngan Asip amik. Aku rase kalo aku taruk dalam ne.. mau penuh gembar pulak.. silap2 kene saman ngan 'Blogger'.. overloaded. Hua..~

Aku malas nak cerita panjang2. Kalo dah pegi pantai jawabnye mandi laut la. Aku, Yati ngan Asip bukan setakat pantai.. kolam pun kitorang terjun. Siap main bola dalam air.. sampai penat sempot.. dari awal sampai habih kitorang main tak berenti gelak.. penat gelak sebenarnya.



Ne salah satu kejadian pelik mase aku ngan 'family' keluar bersiar-siar tepi pantai. Tak tau knapa.. langit ne sangat menarik perhatian aku. Dalam hati aku sangat kagum dengan kebesaran Allah s.w.t. Sangat2 kagum..



Ni gambar kulit kerang. Kulit siput yang tajam2 tu takde.. puas aku carik.. kulit kerang je memanjang.. Letih aku.



Inilah dia pasangan bahagia, ikatan yang kekal sampai sekarang. Istimewa rupanya mak dan ayah aku ni..



Dan untuk kali terakhir sebelum aku meniggalkan pantai. Aku amik gambar pantai ne.. Asip ade amik tapi tak besh. Biar aku amik sendiri.. Pandangan di waktu pagi sebelum bertolak.


0 commented.
Click to comment.

Sunday, August 13, 2006
Sakura Fever


Sakura Fever

Aku agak kebosanan dok umah semalam. Aku memang dah plan nak amik gambar. Gambar pokok yang seakan-akan Sakura ini. Memang cantik. Aku perasan tempat ne mase on the way nak pegi kerja. Memang sejak hari itu aku sentiasa ingatkan diri aku, aku nak ambik gambar ne time cuti..

Aku dah makin menyesuaikan diri kat tempat kerja. Makin banyak pulakla kerja yang Manager aku bagi. Aku kena handle projek besar designer lain.. memandangkan dia tak mampu nak nak handle sensorang. Kesian dia.. Shanny nama dia. Aku tolong2 apa yang buleh.

Semalam aku pegi Subang Uptown ngan Yati dan rakan Luxornya. Keh keh.. masih bergiat aktif diorang neh. Nasib baik tadet cakap pape kat aku. Sampai kat uptown kitorang usha2 barang. Yati memang awal2 lagi dah plan nak beli baju.. beli jugak dia.

Macam2la ade kat sane. Memang macam kat Uptown lama. Cuma malam tu tak suma stall bukak. Tatau kenapa. Puas jugakla berjalan malam2. Haha..

Hmm.. komputer aku rosak semalam. Aku tak tau apa yang dibuat siAsip sampai rosak. Short circuit katenya.. (entah aku eja betul ke tidak..) then pc tak bley on. Asip find out motherboard and HARDISK rosak.. wuahuhuhu... artwork aku kat dalam tu.. huhuhu.. janganla rosak. Biarla rosak grafik card ke apa.. janganla hardisk. Aku sedey.. work aku.. portfolio aku.. segala bagainya nyawa aku... hukhuk..

Bebaru ne aku terasa macam life aku untuk kerja sahaja. Kenapa ya aku berfikiran begitu? If i need to survive.. bukankah aku patut bekerja. Memang betul.. but i felt something missing in my life..

Hmm.. i think i know why. The problem is i dont know how. I just want to share my smile with someone.. adakah korang paham..? Haha.. Entahla, aku rasa memang dah lama aku sepatutnya ada seseorang untuk berkongsi tentang kehidupan.. just dont get the feels right. Sometime i feel i need it.. sometimes i feel it is not such an important thing to me right now..

Haha.. bila sampai masa yang memerlukan itula aku kesangapan yang teramat. Urgh.. going to figure out how.. let me think first.. hua~


0 commented.
Click to comment.

Saturday, August 12, 2006
Terima Kasih


Terima Kasih

Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan aku.. Kecik. Diatas pemberian yang tak terhingga aku rasakan. Mungkin kecil apa yang diberikan.. tapi aku rasa betul2 berterima kasih. Terima kasih ya Kecik.


0 commented.
Click to comment.

Sunday, August 06, 2006
Sydney..


Sydney

Menggu yang menarik, tertarik kau memang da bomb.. muahaha..! Adus.. aku ke"busy"an yang teramat sehinggakan aku terlupa hari. Aku ingatkan hari Khamis.. jadik masih sempat lagih untuk menyiapkan kerja yang berlambak.. rerupanya hari Jumaat. Maka aku kene buat dirumah.. hoho..

Aku rasa minggu ni aku macam sibuk, tapi aku tak ingat apa yang aku buat. Hahah..! Oh ya.. aku pegi Carefour ngan El, dan melepak bersama-sama dengan cek Nona.

Semalam, hari Sabtu aku pergi mengambil gambar kueh-kueh traditional untuk keje yang mesti disiapkan hari Isnin nih. Aku kena mendesign kad raya berkonsepkan kueh-kueh ini. Memang tak susah pulak la aku nak mencari pencetak kuehnye pulak.. hadeh..

Nasib baik kawan ayahanda ada yang sudi menolong. Pencetak maruku.. kukuku.. Dah puas mengambil gambar aku pergi berjumpa Zehan di Putrajaya. Makan sate di Taman Pertanian.. dan mengambil gambar jambatan kat situ..

Aku terasa seperti di Australia.. wahaha..!! Sungguh menarik dan tertarik. Diikuti malam itu aku pergi jumpa siKecik. Tolong dia buat design banting. Kesian dia. Amik course Fine art.. tetapi membuat keja2 grafik. Banyak "shortkey" dalam illustrator aku ajar.. harap2 boleh ingat ya kec..

Tak cukup dengan itu.. aku sambung melepak dengan Zara kat Cheras tengok AF. Aku tau Faizal akan menang. Tapi, i want something miracle happen that night.. i want Farhan to win this! Tapi terkecundang jua cita2 dan harapan.. apa leh buat.. aku tak vote kot.. ohoh!

Aku ade ternampak pertandingan mengambil gambar.. Warna2 kemerdekaan. Macam menarik nak masuk.. tapi diantara syarat2nya ialah setiap gambar yang aku ambil itu mesti ada hak terpelihara.. entah macam itulah bunyiknya.. aku kurang paham.. ape yang aku kena buat untuk mendapatkan cipta terpelihara itu..??

Hari Ahad pula aku dok melepak dirumah. Memang bercadang nak dudok rumah pun. Nak buat kad raya.. huhu..

17, 18 dan 19 haribulan ini aku akan pergi bercuti. Family Day kali terakhir untuk Mardi. Tapi aku tak ingat kat mana.. yang aku tau ade pantai.. yeah yeah..

Bersantai.


0 commented.
Click to comment.

Author
Im Dian.
A hopeless romantic Creative Designer and spend my time a lot at Creative Tomato,
Petaling Jaya,
Malaysia.

Fav Links
 Creative Tomato

My Friendster

 Ukane
 Cik Non
 Misae
  Ekidora
 Ardy


Archive
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
August 2007
October 2007
November 2007
January 2008
June 2008


Shout!

Free chat widget @ ShoutMix


Credits
 Blogger
 Blogskins
 ShoutMix
 Facebook
 Friendster
 Photobucket