Sunday, August 06, 2006
Sydney..


Sydney

Menggu yang menarik, tertarik kau memang da bomb.. muahaha..! Adus.. aku ke"busy"an yang teramat sehinggakan aku terlupa hari. Aku ingatkan hari Khamis.. jadik masih sempat lagih untuk menyiapkan kerja yang berlambak.. rerupanya hari Jumaat. Maka aku kene buat dirumah.. hoho..

Aku rasa minggu ni aku macam sibuk, tapi aku tak ingat apa yang aku buat. Hahah..! Oh ya.. aku pegi Carefour ngan El, dan melepak bersama-sama dengan cek Nona.

Semalam, hari Sabtu aku pergi mengambil gambar kueh-kueh traditional untuk keje yang mesti disiapkan hari Isnin nih. Aku kena mendesign kad raya berkonsepkan kueh-kueh ini. Memang tak susah pulak la aku nak mencari pencetak kuehnye pulak.. hadeh..

Nasib baik kawan ayahanda ada yang sudi menolong. Pencetak maruku.. kukuku.. Dah puas mengambil gambar aku pergi berjumpa Zehan di Putrajaya. Makan sate di Taman Pertanian.. dan mengambil gambar jambatan kat situ..

Aku terasa seperti di Australia.. wahaha..!! Sungguh menarik dan tertarik. Diikuti malam itu aku pergi jumpa siKecik. Tolong dia buat design banting. Kesian dia. Amik course Fine art.. tetapi membuat keja2 grafik. Banyak "shortkey" dalam illustrator aku ajar.. harap2 boleh ingat ya kec..

Tak cukup dengan itu.. aku sambung melepak dengan Zara kat Cheras tengok AF. Aku tau Faizal akan menang. Tapi, i want something miracle happen that night.. i want Farhan to win this! Tapi terkecundang jua cita2 dan harapan.. apa leh buat.. aku tak vote kot.. ohoh!

Aku ade ternampak pertandingan mengambil gambar.. Warna2 kemerdekaan. Macam menarik nak masuk.. tapi diantara syarat2nya ialah setiap gambar yang aku ambil itu mesti ada hak terpelihara.. entah macam itulah bunyiknya.. aku kurang paham.. ape yang aku kena buat untuk mendapatkan cipta terpelihara itu..??

Hari Ahad pula aku dok melepak dirumah. Memang bercadang nak dudok rumah pun. Nak buat kad raya.. huhu..

17, 18 dan 19 haribulan ini aku akan pergi bercuti. Family Day kali terakhir untuk Mardi. Tapi aku tak ingat kat mana.. yang aku tau ade pantai.. yeah yeah..

Bersantai.


0 commented.
Click to comment.

Author
Im Dian.
A hopeless romantic Creative Designer and spend my time a lot at Creative Tomato,
Petaling Jaya,
Malaysia.

Fav Links
 Creative Tomato

My Friendster

 Ukane
 Cik Non
 Misae
  Ekidora
 Ardy


Archive
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
August 2007
October 2007
November 2007
January 2008
June 2008


Shout!

Free chat widget @ ShoutMix


Credits
 Blogger
 Blogskins
 ShoutMix
 Facebook
 Friendster
 Photobucket