Wednesday, August 23, 2006
Cherating
![]() Cherating Aku pergi ke Cherating sempena Mardi Family Day.. dan juga merupakan kali terakhir untuk kitorang suma 'join' hari keluarga Mardi ne. Ayah aku pencen tahun ni. Pegi 3 hari 2 malam. Tak lame.. tapi memang puas hati. Tempat cantik.. pastu 'enjoy habih. Punyala bersuka ria macam dah tahap budak darjah 4.. keh keh.. ![]() Hmm.. bilik yang kitorang dapat tadetla besar mane. Cukup untuk 4 orang tido je. Fatin memang awal2 lagi titun ngan mak. Yang kesiannye siAsip.. kene tido kat sofa. Cian dia.. Nasib baik lelaki.. tak kesah sangat pun.. ![]() Hari kedua kat sana aku macam dah busan. Kat luar hotel tadet pape. Dalam hotel dah puas tengok. Aku, yati dan Asip pakat jalan tepi pantai sampai hujung kat tempat batu2. Nampak je macam dekat.. Mau 1 jam baru sampai da.. letih toksah cakap.. 'time' tu plak jam kul 2 tengahari.. memang best la jalan2 kan diwaktu cenggini.. aku suka. Sampai kat batu2 tu.. memang puas hati. Berbaloi jalan jejauh camne. Banyak gambar cantik dan pelik aku ngan Asip amik. Aku rase kalo aku taruk dalam ne.. mau penuh gembar pulak.. silap2 kene saman ngan 'Blogger'.. overloaded. Hua..~ Aku malas nak cerita panjang2. Kalo dah pegi pantai jawabnye mandi laut la. Aku, Yati ngan Asip bukan setakat pantai.. kolam pun kitorang terjun. Siap main bola dalam air.. sampai penat sempot.. dari awal sampai habih kitorang main tak berenti gelak.. penat gelak sebenarnya. ![]() Ne salah satu kejadian pelik mase aku ngan 'family' keluar bersiar-siar tepi pantai. Tak tau knapa.. langit ne sangat menarik perhatian aku. Dalam hati aku sangat kagum dengan kebesaran Allah s.w.t. Sangat2 kagum.. ![]() Ni gambar kulit kerang. Kulit siput yang tajam2 tu takde.. puas aku carik.. kulit kerang je memanjang.. Letih aku. ![]() Inilah dia pasangan bahagia, ikatan yang kekal sampai sekarang. Istimewa rupanya mak dan ayah aku ni.. ![]() Dan untuk kali terakhir sebelum aku meniggalkan pantai. Aku amik gambar pantai ne.. Asip ade amik tapi tak besh. Biar aku amik sendiri.. Pandangan di waktu pagi sebelum bertolak.
0 commented. Click to comment. |
Author
Im Dian.A hopeless romantic Creative Designer and spend my time a lot at Creative Tomato, Petaling Jaya, Malaysia. Fav Links
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Archive
March 2006April 2006 May 2006 June 2006 July 2006 August 2006 September 2006 October 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 April 2007 May 2007 August 2007 October 2007 November 2007 January 2008 June 2008 Shout!
Free chat widget @ ShoutMix Credits
BloggerBlogskins ShoutMix Friendster Photobucket |