Monday, June 26, 2006
Putrajaya

Putrajaya

Aku memang agak keletihan hari neh. Sampai tertido, walaupun dah janji ngan El dan Nona nak kuar main bowling malam tadi. Dari pagi aku dah start settle kan urusan kehilangan Sijil SPM aku. Pagi tadi jam 9 dah keluar rumah, aku kutip hutang kat Cheras.. dah sengkek neh. Tanpa disangka, cek gaji aku pun dah kuar. Then, tengahari aku pegi pejabat Polis Serdang buat report kehilangan. En. Polis yang bernama Alias tu sangat-sangatla comelnye.. hilang penat aku kejap.

Kemudian diikuti dengan kedai Photostat, aku kene photocopy slip spm aku dan terus ke pejabat pos Sri Kembangan. Bersesak-sesak carik parking. Last2 jauh gakla aku parking.. tak pulak aku jugak yang kene menapak.. ditambah dengan kepanasan matahari.. wah! Panas rambut aku, abehla~

Bukan setakat itu saja, aku nak Sijil tu cepat. Maka dengan itu aku gamble pegi Putrajaya. Carik bangunan kerajaan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Yang aku tau time tuh, dekat ngan Alamanda.. bak kate Kecik (kawan Uitm yang hilang SPM jugak). Nasib baik signboard memudahkan pencarian aku.

Dah sampai masalah parking sekali lagi melanda. Last2 aku menapak lagik. Hadeh..! Letih la aku nak jalan pepanas neh. Aku bukannya putih, bertambah gelapla aku..! Muka aku dah serabai kat dalam bangunan Peperiksaan Malaysia tuh. Bak kate El macam muka orang masak goring pisang. Muka berminyak aku dah malas nak cover. Aku letih!

Siap isi boring. Aku terus challow. Dahaga toksah cakap. Letih jangan kate. Tak cukup disitu. Aku sesat mase nak kuar. Ntah memane aku pegi. Dengan tak makan tengahari, kelaparan dan bingung. Tau2 je dah sampai kat Pasar borong selangor.. ajaib sungguh Putrajaya. Tak kasik aku buat pusing U langusung. Memang jalan kat Putrajaya neh bagi aku makan angin.

Sampai kat umah. Aku melantak kejap. Aku dah letih. Tak larat nak pegi Cheras betulkan Laptop siKecik. Esok la Kecik eh. Then, aku terus tidur kekenyangan..

Aku terjaga bila El datang umah nak jemput aku gi Mines. Muahaha..~ Sorry El. Aku tertido dengan kusyuk. Then kitorang pun gi Mines makan McD, dan gi main bowling. Mulanya aku takleh focus. Rokok aku tinggal dalam keta. Game kedua barula dapat rokok. Nasib baik ade abang yang baik hati kat situ.

Lepas isap rokok dengan kelam kabut.. taula pening tangkap ke kepala. Langsung masuk longkang bola aku. Ades..

Dah stable sikit.. baru aku slowly score. Muahaha..~


0 commented.
Click to comment.

Author
Im Dian.
A hopeless romantic Creative Designer and spend my time a lot at Creative Tomato,
Petaling Jaya,
Malaysia.

Fav Links
 Creative Tomato

My Friendster

 Ukane
 Cik Non
 Misae
  Ekidora
 Ardy


Archive
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
August 2007
October 2007
November 2007
January 2008
June 2008


Shout!

Free chat widget @ ShoutMix


Credits
 Blogger
 Blogskins
 ShoutMix
 Facebook
 Friendster
 Photobucket