Tuesday, May 09, 2006
Tuah ayam nampak di kaki..
Minggu ni terasa perubahan mendadak dalam sifat moody aku neh..
Minggu lepas aku boleh dikatakan tense sampai rase susah nak tido sebab pikirkan pasal tempat keja aku.. Mane taknye lepas bos aku dah slow talk ngan aku, memang ku gagahkan juga bertahan buat keja. Aku amik keputusan nak stay dulu dan lihat projek baru yang akan datang neh.. kalo dah tak bole jugak barula aku berenti. Dalam masa yang sama ku kabar-kabarkan juga tentang niat aku pada kenkawan yang aku tengah cari keja Graphic Designer.. kot-kot emergency senang.. hehe.. Minggu ni aku terasa kepala aku ringan. Hilang satu beban yang memenatkan. "Officemate" aku seperti menjadi orang baru kat ofis.. huu.. setakat ini Alhamdulillah.. aku bertegur sapa jugak ngan dia.. aku yang memulakan perbualan ngan dia, aku tau dia agak takut untuk memulakannya.. mungkin takut aku buat bodo jer.. aku tak sekejam tu.. aku tahu batas aku.. adalah berdosa kiranya aku tak bertegur selama 3 hari berturut. Aku lembutkan hati aku untuk tegur dia.. hmm Masalah kenkawan yang tumpang tak nak bayar minyak bersama juga turut ku settlekan sekaligus. Rupanya kawan ku yang lagi sorang ni tau segan jugak.. tersalah sangka jugak aku mulanya. Terima kasih pada kenkawan yang bersimpati, dan yang paling aku berterima kasih adalah pada ayahku sendiri. Aku betul-betul menghargai sokongan2 semua.. Terima kasih daun keladi.. Minggu lepas ayah aku dah perasan perubahan aku. Dalam kesempatan yang ada ayah tanye samaada aku ada masalah ke? Aku ceritakan serba sedikit pasal nak berenti keja, officemate, dan kawan yang menumpang aku balik keja. Dia setuju dengan tindakan aku untuk stay dan sambil2 mencari keja yang lebih baik. Kurang setuju dengan kata2 berterus terang aku terhadap officemate dan siap ajarkan lagi bagaimana nak bercakap dengan orang2 seperti ini.. dan ayah agak bengang.. kenape tak kongsikan ngan ayah? Lain kali tak perlu tunggu ayah tanye.. apa2 masalah ceritakan jer.. erk.. aku.. aku.. aku touching kejap.. haha. Tq yah! Cayang ayah.. Baru-baru ni aku praktikkan apa yang ayah aku ajar. SiKawan aku ni nak minta tumpang.. dengan selamba dan senang hatinya aku menjawab "Nak tumpang takkan dengan air liur je kan..?" Dalam hati aku neh tersenyum-senyum.. haha.. dan sejak hari itu agak susah dia nak tumpang balik dengan aku.. Bebaru neh mak aku macam terkejut kenape aku balik awal.. aku senyum dan buat2 tanye awal ke? Jawapan sebenar.. aku sebutkan je dalam hati. Minggu lepas sebenarnya aku ade mintak cuti selama 3 hari dengan Madam Chan. Aku personally jumpa dia, nak rest.. tense sangat aku sebenarnya minggu lepas.. Aku diberi cuti 3 hari. Aku bukan buat ape pun.. relaks dok umah. Sambil aku fokuskan betul2 apa sebenarnya yang tense kan aku ketahap tak bole tido neh.. Rupanya, aku terlalu risau dengan masalah aku. Berkali-kali aku bagitau diri sendiri, masalah ni tak seberat yang aku fikirkan.. aku mampu selesaikan.. walau apa pun yang berlaku aku percaya aku boleh lalui. Aku kerap berkata-kata.. be positive! Yea.. dah pulih balik kesediakala. Aku sedar aku cukup bertuah sebenarnya. Aku baru tersedar Madam Chan ni sayangkan aku sebenarnya. Haha.. Dahla offer jadik consultant, pastu mintak cuti bagi pulak tu.. apa lagi yang aku nak? Aku nak buat the best keje ngan Madam aku neh.. dalam garang2 dia sebenarnya baik.. esh betul2 bertuahla aku rasa. Keep on moving yeah! 0 commented. Click to comment. |
Author
Im Dian.A hopeless romantic Creative Designer and spend my time a lot at Creative Tomato, Petaling Jaya, Malaysia. Fav Links
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Archive
March 2006April 2006 May 2006 June 2006 July 2006 August 2006 September 2006 October 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 April 2007 May 2007 August 2007 October 2007 November 2007 January 2008 June 2008 Shout!
Free chat widget @ ShoutMix Credits
BloggerBlogskins ShoutMix Friendster Photobucket |