| Wednesday, May 03, 2006 Hilang.. 
  Lamenye aku tak update blog.. ikutkan hati aku memang malas nak
 online dan update. Ntahla.. kebelakangan ni mood aku turun
 mendadak.. sampai ke tahap tension.. aku sakit kepala berdenyut
 denyut.. Adela sampai satu hari tu aku dah tak bleh handle sakit
 kepala ni aku pegi joging memalam. Dekat satu jam aku jog. Bole
 tahan peluh aku.. pastu terus hilang sakit.. esoknye pulak dating
 balik..aku geram aku gi cycling plak memalam.
 
 Mak ayah aku dah risau, buang tebiat ape aku ni memalam
 exercise?? Aku sediri rase macam tak selamat nak kuar dalam
 Serdang ni.. maklumla dah banyak kes aku dengar.. hesh..!
 Tapi dah sakit tak risau ape dah.. lepas ni aku nak jog pepagi
 plak..Semalam aku gi umah member lame aku si J. Kawan mase
 matrik dulu.. lame tak jumpa dia.. dah kawen anak sorang.. anak
 dia comel pulak tu.. rase macam nak gigit jari tangan dia.. haha..!
 Mate bulat besar kaler hitam.. huiks! kalola anak aku kan best..
 kekeke.. (jangan suruh aku kawen cepat aa..)
 Minggu lepas mase aku dimotivasikan oleh Madam aku ambik
 keputusan untuk stay keje kat ofis dan try sesuatu yang baru untuk
 projek yang akan datang ni..Walaupun hatiku meronta-ronta aku
 tabahkan jugak buat keje. Aku dah janji i will try my best! Dan
 result dia bole la tahan.. walaupun aku rasa agak kecewa. Aku
 target minggu ni aku dapat achieve 8 qualified tour.. tapi aku
 mampu 7 sahaja..Ngaaa... tapet cuba lagi sekali..! Haik..!
 Time-time aku tengah tension camni la pulak.. adela 2 3 hari selepas
 dimotivasikan tu ade kes pulak kat ofis aku. Aku telah mendapati
 kawan aku yang aku selalu tumpangkan balik kerja telah mengambil
 tour aku.. Budak-budak ofis aku yang lain dah lame bagitau aku..
 tapi aku diamkan jer.. pastu aku dengar pulak side budak yang
 mengambil tour aku ni.. aku diamkan lagi.. aku cuba menghakimi
 tanpa terlalu emosi.. aku cuba cari logik bende ni terjadi.. adakah
 budak2 ofis tipu aku?? kalo ya kenape?? suke tengok aku gaduh
 ke?? Pada penilaian aku jauh sekali diorang nak buat camni..
 Aku pikirkan pulak side yang lagi satu.. selama aku berkawan aku
 banyak tolong dia ni.. sampai hati ke dia buat aku macam ni?? Yang
 inilah yang meragukan aku..aku tak pernah rasa dihargai setiap ape
 yang aku tolong dia neh.. Pada pendapat aku setelah beberapa bu-
 lan kenal, aku rasa tak mustahil.. Mase aku find out tu aku berdiam
 diri. Time nak balik dia mintak tumpangkan pegi LRT station.. time
 tu aku nekad aku nak cakap ngan dia.. bile dah sampai aku bagitau
 dia aku nak cakap sikit. Keluar je dari keta aku terus tanye direct
 kenape tour aku dijemput atas nama ko? Suara aku time tu macam
 bergetar. I am so..
 UPSET!
 Dia ceritakan balik perkara yang sama dia ceritakan kat aku sebelum
 ni.. Aku tak puas hati.. aku nak dia berterus terang at least aku
 dapat dengar perkataan maaf dari dia.. tapi sebaliknya dia
 menyalahkan kesilapan ni padaZara (budak ofis yg bgtau aku). Aku
 dah berkali-kali cakap jangan libatkan orang lain.. dia macam tak
 faham.. dia nak jugak salahkan Zara. Mase dok tense berbahas
 dengan dia.. aku tak taula dia terlepas cakap kot.. yang dia dah
 lama tak puas hati dengan Zara sebab Bos lebihkan dia.. hmm..
 Memang la Zara budak baru.. Bos suka dia sebab dia buat keje
 bersungguh, kalo siZara ni dilebihkan Bos tapi keje tak semenggah
 aku pun rasa tak puashati.. masalahnye dia memang buat keje
 bagus.. tak heranla aku kalo bos sayang dia.. aku pun senang
 berkawan ngan siZara ni..
 Kemudian kawan aku ni tak cukup pulak nak salahkan Zara.. aku
 terkejut dia boleh salahkan aku sekali.. Kenape aku tak bagitau
 awal2 dalam ofis? Kan senang boleh suruh budak admin betulkan?
 Dia kata dia dah perasan mase aku check beramai-ramai tu tapi
 Dia tunggu aku cakap ngan dia.. kalo betul itu adalah satu kesi-
 lapan..kenapa tak dia sendiri yang bagitau budak admin tolong
 betulkan..?? At least aku nampak keikhlasan dia kat situ.. kenapa
 dia sendiri tak amik peluang tu untuk betulkan kesilapan dia??
 kenapa mesti salahkan orang lain.. salahkan aku tak bgtau awal2??
 Salah ke aku bagitau secara private??
 Memang siZara dah suruh aku cakap kat kawan aku ni mase check
 tu.. tapi aku nak cakap ngan dia private. Sebab aku bukan tak puas
 hati pasal tour tu.. aku..
 TAK PUAS HATI KENAPE DIA SANGGUP BUAT MACAM TU??
 dan aku nak dengar perkataan MAAF.. itu sahaja.
 
 At least di cakap maaf aku rasa release.. berterus terang.. dariberterus terang sekurang kurangnya ada satu sebab aku percayakan
 dia.. macam mana aku nak berkawan kalo aku dah hilang
 kepercayaan?? Aku bukan orang yang suka berpura-pura. Aku
 marah.. aku kecewa.
 
 Dia kata ngan aku.. be professional. Ok.. dengan mudahnya time tuakumemberi keputusan professional aku..
 "Kat ofis kita officemate, kat luar kita bukan kawan.."
 Pada aku there is no point im being one of your good friend.. if i lost
 my trust to you.. i wont pretend to myself. If you say sorry that
 time.. aku takkan tergamak cakap macam tu. I am totally lost..
 hilang kesabaran aku. Dan aku tak menyesal dengan setiap apa
 yang aku cakap..
 
 Baru aku sedar.. dalam diam kesabaran aku ni ada batasnya.. danaku seorang yang agak tegas.. Pada masa yang sama aku juga
 sedar aku ni seorang yang COMEL.. Muahaha! peace!
 0 commented.
 Click to comment.
 
 
 |