Saturday, May 27, 2006
Manager..
Manager..Sejak minggu lepas 'company' aku ade 'hire' sorang 'manager' neh.. En. Fahmi yang berumur 24 tahun. Agak terkijut jugakla bebudak ofis.. kitorang puas teka umur dia dalam lingkungan 26-32. Sekali hamik ko.. baru 24 tahun.. waa... aku.. setakat ni tadet ape2 komen.. tapi itulah dia... 'manager' aku.. Dan sejak dia 'in charge' kat ofis neh aku tetiba terasa keletihan tahap hantu.. dan aku rasa lagi dua hari kalo berterusan macam neh aku bley jadik hantu agaknya.. muahahaha.. Mana tak? Aku letih! Letihnya... hades.. masuk pepagi kul 11.00. Hari Sabtu dan Ahad neh semua diwajibkan masuk kul 10 pagi!! erkgh..! Tadik aku sampai ofis kul 9.50am.. nasib baik sempat, kalo diikutkan keadaan aku mungkin lewat. 'Jam' teruk kat MRR2. Ade eksiden kat tengah jalan kat Bandar Tasik Selatan.. bikin kelakar pulak lori neh pepagi.. hades. Pastu tadik aku balik kul 9pm. 11 jam kat ofis. Ngadap tepon aku... ngaa.. keletihan otak aku dibuatnya sejak 'manager' ade kat sini. Tersasul-sasul aku cakap ngan 'customer'. Sampai ketahap aku buat sarkas pulak ngan 'customer'. Ade je tadik aku 'call' sorang 'customer' neh.. bila dia jawab phone, aku tanya soalan klakar.. 'how can i help u mam?' tak ke mengong kejap 'mam' tu.. last2 dia give up.. maybe wrong number... bile dah letak tepon baru aku tersedar.. aku yang call dia rupanya.. patutla blur.. hergh. Ntahla.. nak ikutkan banyak lagi mende kelakar yang aku buat kat opis ari ni.. tak larat aku nak cerita. Apa yang pasti.. aku letih. 0 commented. Click to comment. Sunday, May 14, 2006
His Eyes
His Eyes
Malam tadi lepas kerja aku ngan siZara, budak-budak baru yang nak 'training' pergi HSC Medical Center. Kitorang sesa- me tong-tong duit minyak pegi sane.. Tadet pape yang menarik cuma untuk minggu ini Madam Chan adela 2 kali bagitau aku 'i had a good performance..' aku tersenyum puas.. 'the best that i promise myself before tells me some result here.. im glad'. Semalam Madam ade datang ofis nengok kitorang buat keje.. Aku datang kat meja dia, aku bagi pen kat dia.. siap ngan ink spare lagi.. aku pun tak tau kenape dia berkenan sangat ngan pen yang aku guna sebelum ni.. aku hadiahkan kat dia.. walaupun bukan berape sen sangat harga dia.. aku betul- betul ikhlas nak bagi.. Tiga hari sebelum neh aku ade temankan siZara gi jumpa mem- bernya, siSham. Membernya itu pulak datang dengan member- nya lagi sorang.. andy. Mulanya aku berat hati jugak nak temankan. Tapi sebelum2 neh dah berape kali aku tolak.. aku pun dah janji ngan dia malam tu aku free bole pegi lepak.. hesh. So, kitorang berempat pun pegi makan kat One Step kat Setapak. Rase macam nyesal time tu pun ade.. mane tak nye.. Sham ngan siZara ni syok borak2 aku dok diam kat situ.. lagipun environtment bising aku tak selesa nak borak ngan Andy.. letih aku. Aku try jugak le beborak ngan Andy ni.. kang cakap aku sombong dah satu hal pulak. Tengah dalam beborak tu tetiba Andy pandang tepat kat mata aku. Dia tanye something.. masalahnya, aku tak ingat langsung ape dia tanye time tuh.. aku macam terkejut kejap. Kenape dia pandang aku camtuh?? But im just ignore what happen that time.. there is nothing special about it.. Keesokannya cam biasa aku pegi keje.. tengahari tu masuk keje aku borak2 jap ngan Zara. Then, mase nak continue buat keje aku macam terbayang 'mata' malam semalam.. Hati aku terdetik satu perasaan yang aku tak tersangka aku akan rasa.. 'i felt full respect with the way of that eyes looking at me..' eh? Kenape tetiba aku terasa macam tu..? Kenape malam tadi aku tak rase pape? i keep doing the same thing, ignore it.. Dan hari ni adalah hari ketiga. Petang tadi siZara cakap Sham ngan Andy kem salam.. aku senyum. Tapi dalam hati aku macam berbunga sket.. dan malam ni aku macam rindu kat 'mata' tu. Asal aku duduk senyap sikit je aku terbayang 'mata' tu.. kali ni aku betul2 tak dapat nak ignore.. sebab tu la aku ada kat sini tules blog pasal bende ni.. Hadeh.. hanya disebabkan 'mata' je aku bleh rajin nak datang cc tules blog jer? Maksudnya 'mata' ni bukan calang2 mata la kot.. Aku cuma tertanya-tanya kenape tetiba sepasang mata itu men- jadi begitu istimewa sampai aku sanggup tules ke dalam blog neh? Adakah korang rasa curiga dengan cerita aku neh? Aku tak rase excited. Aku juga tak rase itu satu 'pandang pertama'. Aku pelik. Kenape mata itu boleh menjadi satu tarikan yang mula- nya aku tak rase ia adalah istimewa?? Aku takla rase seronok sangat borak ngan Andy malam tu.. cuma aku rasa selesa borak ngan dia walaupun baru first time jumpa, dan dari apa yang aku nampak dia macam seronot borak ngan aku. . . . entahla. Ape yang aku boleh simpulkan di sini. Aku suka mata tu.. hahaha.. 0 commented. Click to comment. Saturday, May 13, 2006
Mother's Day
Tak pernah-pernah aku ingat bila tarikh Hari Ibu.. Terima kaseh pada 'customer' yang aku 'invite ke HSC hari neh.. tak tersangka aku, kebanyakan org yang aku 'call' adela beberapa orang taknak datang HSC sebab diorang nak 'celebrate' hari ibu neh.. Terkijut pun ade jugak.. kebanyakannya 'customer' cina yang 'celebrate' hari ibu neh.. ngaa..
0 commented. Click to comment. Tuesday, May 09, 2006
Adakah aku?
Semalam aku off day.. dah tak tau ape nak buat kat umah.
Nasib baik siZara bagi sms ajak kuar.. dia pun kebosanan. Yela.. kitorang cuti time orang keje.. nak jumpa kawan kat tempat keje mengganggu pulak.. Nasib baik ade geng.. eheh. Aku gi tengok M.I.3. Bole tahan jugakla.. memang kejap je tak kejang2 otot aku nengok. Masuk2 je dah kejang.. dan terus keras sampai habis.. huh. Terseksa dan enjoy.. nak dibanding kan lagi best dari M.I.2.. hu.. Malamnya pulak, dalam kul 11 malam aku gi jumpa siFaizal.. Dia buat overtime.. dia ajak turun uptown. Aku jumpa dia.. adela beborak 2 jam. Nak diikutkan sebenarnya aku banyak mendengar dan bertanya.. sek dia je cerita tak berenti.. Entahla.. aku macam mati akal nak borak ape ngan dia.. aku tak tau nak bercerita ape.. Sampai satu tahap aku berasa, aku bosan.. boleh ke? Hurgh.. mesti kenkawan aku marah lepas neh.. ngaa.. mesti korang pelikkan? Mase on the way balik tu.. aku rasa bukan aku sorang saja yang rasa bosan. Aku rase dia pun mesti bosan.. betul ke?? Mase drive tu aku bawak slow sket.. takut roadblock.. dan terpikir-pikir.. betul ke aku suka ko Faizal?? Aku cuba de- finasikan perkataan "suka" itu.. "Suka" yang aku rasa adalah sekadar suka sahaja.. its brings no such feeling of excitement.. there is no such word like love, it is purely like itself.. hmm.. Adakah lepas ni ade orang yang akan marahkan aku..?? Adakah? Entahla.. nak diikutkan pun sebenarnya aku tak nampak tanda- tanda yang si Faizal ni sukakan aku.. mungkin terlalu awal.. atau- pun mungkin betul ape yang aku rasekan ni.. instuisi aku. Ape2 pun, aku bukan putus harapan. Aku harap apa yang aku rasakan ni betul.. setakat ni aku percaya dengan apa yang aku rasa.. mungkin dia bukan yang terbaik untuk aku dan begitu juga sebaliknya.. Aku rasa macam aku ni kerdil walaupun aku tinggi hehe.. Aku rasa banyak lagi peluang yang ada kat luar sana untuk aku lalui satu persatu.. cukup banyak.. Aku dah lalu satu.. dan bagaimana dengan satu yang seterusnya..? 0 commented. Click to comment. Tuah ayam nampak di kaki..
Minggu ni terasa perubahan mendadak dalam sifat moody aku neh..
Minggu lepas aku boleh dikatakan tense sampai rase susah nak tido sebab pikirkan pasal tempat keja aku.. Mane taknye lepas bos aku dah slow talk ngan aku, memang ku gagahkan juga bertahan buat keja. Aku amik keputusan nak stay dulu dan lihat projek baru yang akan datang neh.. kalo dah tak bole jugak barula aku berenti. Dalam masa yang sama ku kabar-kabarkan juga tentang niat aku pada kenkawan yang aku tengah cari keja Graphic Designer.. kot-kot emergency senang.. hehe.. Minggu ni aku terasa kepala aku ringan. Hilang satu beban yang memenatkan. "Officemate" aku seperti menjadi orang baru kat ofis.. huu.. setakat ini Alhamdulillah.. aku bertegur sapa jugak ngan dia.. aku yang memulakan perbualan ngan dia, aku tau dia agak takut untuk memulakannya.. mungkin takut aku buat bodo jer.. aku tak sekejam tu.. aku tahu batas aku.. adalah berdosa kiranya aku tak bertegur selama 3 hari berturut. Aku lembutkan hati aku untuk tegur dia.. hmm Masalah kenkawan yang tumpang tak nak bayar minyak bersama juga turut ku settlekan sekaligus. Rupanya kawan ku yang lagi sorang ni tau segan jugak.. tersalah sangka jugak aku mulanya. Terima kasih pada kenkawan yang bersimpati, dan yang paling aku berterima kasih adalah pada ayahku sendiri. Aku betul-betul menghargai sokongan2 semua.. Terima kasih daun keladi.. Minggu lepas ayah aku dah perasan perubahan aku. Dalam kesempatan yang ada ayah tanye samaada aku ada masalah ke? Aku ceritakan serba sedikit pasal nak berenti keja, officemate, dan kawan yang menumpang aku balik keja. Dia setuju dengan tindakan aku untuk stay dan sambil2 mencari keja yang lebih baik. Kurang setuju dengan kata2 berterus terang aku terhadap officemate dan siap ajarkan lagi bagaimana nak bercakap dengan orang2 seperti ini.. dan ayah agak bengang.. kenape tak kongsikan ngan ayah? Lain kali tak perlu tunggu ayah tanye.. apa2 masalah ceritakan jer.. erk.. aku.. aku.. aku touching kejap.. haha. Tq yah! Cayang ayah.. Baru-baru ni aku praktikkan apa yang ayah aku ajar. SiKawan aku ni nak minta tumpang.. dengan selamba dan senang hatinya aku menjawab "Nak tumpang takkan dengan air liur je kan..?" Dalam hati aku neh tersenyum-senyum.. haha.. dan sejak hari itu agak susah dia nak tumpang balik dengan aku.. Bebaru neh mak aku macam terkejut kenape aku balik awal.. aku senyum dan buat2 tanye awal ke? Jawapan sebenar.. aku sebutkan je dalam hati. Minggu lepas sebenarnya aku ade mintak cuti selama 3 hari dengan Madam Chan. Aku personally jumpa dia, nak rest.. tense sangat aku sebenarnya minggu lepas.. Aku diberi cuti 3 hari. Aku bukan buat ape pun.. relaks dok umah. Sambil aku fokuskan betul2 apa sebenarnya yang tense kan aku ketahap tak bole tido neh.. Rupanya, aku terlalu risau dengan masalah aku. Berkali-kali aku bagitau diri sendiri, masalah ni tak seberat yang aku fikirkan.. aku mampu selesaikan.. walau apa pun yang berlaku aku percaya aku boleh lalui. Aku kerap berkata-kata.. be positive! Yea.. dah pulih balik kesediakala. Aku sedar aku cukup bertuah sebenarnya. Aku baru tersedar Madam Chan ni sayangkan aku sebenarnya. Haha.. Dahla offer jadik consultant, pastu mintak cuti bagi pulak tu.. apa lagi yang aku nak? Aku nak buat the best keje ngan Madam aku neh.. dalam garang2 dia sebenarnya baik.. esh betul2 bertuahla aku rasa. Keep on moving yeah! 0 commented. Click to comment. Wednesday, May 03, 2006
Hilang..
At least di cakap maaf aku rasa release.. berterus terang.. dari Dia kata ngan aku.. be professional. Ok.. dengan mudahnya time tu Baru aku sedar.. dalam diam kesabaran aku ni ada batasnya.. dan 0 commented. Click to comment. |
Author
Im Dian.A hopeless romantic Creative Designer and spend my time a lot at Creative Tomato, Petaling Jaya, Malaysia. Fav Links
Creative TomatoMy Friendster Ukane Cik Non Misae Ekidora Ardy Archive
March 2006April 2006 May 2006 June 2006 July 2006 August 2006 September 2006 October 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 April 2007 May 2007 August 2007 October 2007 November 2007 January 2008 June 2008 Shout!
Free chat widget @ ShoutMix Credits
BloggerBlogskins ShoutMix Friendster Photobucket |