Wednesday, April 05, 2006
Terkejutnya aku..
Hari ni adalah hari terkejut khas buat aku agaknya. Dahla aku terkejut.. kemudian dikejutkan lagi.. dan lagi.. lagi2 aku terkejut. "Memang mengejutkan..!" itulah kata2 aku.. hahaha hadui.. letih.. Kat opis tadi aku terkejut sebab ade drama kat bawah opis aku.. drama penderaan terhadap kaum hawa.. pelakonnya tak lain dan tak bukan adalah officemate aku sendiri, dibelasah teruk dek tunangnya.. mulanya aku selamba je berdiri kat sebelah, yela.. aku datang2 je diorang dah bertekak.. aku stop la kejap.. apehal ni? Kendian aku dah terdengar satu ledakan yang akan berlaku pergaduhan.. aku pun dengan slow2 menjauhkan diri.. kang tak pasal2 aku terlibat sama.. susah pulak ending cerita.. akutnya.. Pastu dengan tak disangka-sangka kawan aku ni belasah tunang dia dikhayalak ramai.. kitorang baru nak kuar break ni jadi kaget.. kawan2 aku cuba tenangkan keadaan.. tak pasal2 kene tengking pulak.. aku terdiam berdiri kat tepi.. nak tolong takde kudrat.. nak biar tak sampai hati.. bersalah.. ngaa.. Last2 keadaan tenang kembali, yang kesiannya.. kawan aku yang dibelasah ni la.. terus hilang rasa lapar.. masih berada dalam keadaan terkejut lagi aku rasa.. mane taknya, adela 3 4 kali kepala kene belasah dan terantuk dinding.. simpati aku tengok kawan aku ni.. kitorang cuba tenangkan dia.. dia diamkan diri memanjang sampaila nak punch in, dia mintak kebenaran bos nak pegi klinik.. pastu terus balik.. kesian aku tengok.. Alasan pergaduhan..? kawan aku tak ajak tunang dia makan sekali.. tak rasa berdosa ke pukul pompuan atas alasan ni..?? Entahla.. kenkadang bile dah marah.. terpendam je kat dalam, sekali dia kuar.. abih meletup.. time tu sure dah tak fikir apa.. Aku tengok orang zaman sekarang memang menakutkan.. Ade yang marah sampai sanggup membunuh.. ngeri bile aku teringat.. jauhkanla dari api, semoga iman kekal dihati.. Pada hari yang sama, malam tu aku dikejutkan lagi sekali.. aku dah berkawan ngan Man dah setahun agaknya.. lame jugak kitorang kenal, tapi jarang2 jumpa. Tadik dia ajak aku kuar makan.. temankan dia, bosan dia kata. Aku pun teman- kanla dia ni makan, sebelum ni dah dua kali aku tolak permin- taan keluar ngan dia ni.. memang dia tak kenal erti putus asa. Tabah betul Man ni.. Lepas makan aku ngan dia gi jejalan kat KLCC tengok air pancut. Sambung pulak main pool kat Steven Corner. Then, diakhiri dengan minum2 kat Steven. Time saat2 akhir ni la dia tetiba bukak cerita bile aku nak bertunang? Aku senyum..sambil menjawab 2 tahun lagi kot.. aku time tuh dah suspen.. kenape je dia ni.. tetiba je. Dan tak disangka-sangka tetiba dia berkata.. "Ooo.. so tahun 2008 awak bertunang k? ok....? bertunang k..?" Mulanya memang aku nak cakap ok. Tapi aku rase macam pelik. Nape lain macam sangat bunyik ok dia ni..? Nape banyak ok..? Dia nak aku bertunang ngan dia ke..? Aku pening.. aku dok terpikir-pikir.. ape maksud dia punya ok ni..? Sebelum aku jawab ok rational aku dengan pantas memintas.. "Ape maksud awak ok?? Boleh specifickan lagi ok tu...? Dia senyum.. "Awak nak saya berterus terang ke?" Aku angguk. Mase ni aku dah tak cukup nafas nak bercakap pun ade jugak.. ngaa.. Dia bisik kat telinga aku kata2 pujangga azimat 3 kerat tu.. Aku tarik nafas panjang.. pandang tepat ke muka Man.. Senyum.. aku tersenyum.. padahal dalam kepala aku ligat nak menyusun kata.. and finally i decided to tell the truth..! Aku bagitau dia jangan terlalu mengharap. Aku suka orang lain. Dan aku tak rasa apa2 bila ngan dia.. urgh.. adakah dia sakit mendengar kenyataan aku..?? Aku tahu dia sedikit kecewa.. Tapi sikit pun tak nampak kat muka Man.. Pastu.. heh..! aku malasla nak bercerita.. Aku tengah terperanjat lagi ni.. tak abis lagi elektrik kejut ni..! Kesimpulannya dia cakap.. "The Best Man Win". Tidak habis setakat itu sahaja cerita "terkejutnya aku" ni.. Time nak balik tadik aku kene speed trap..!!! Waaa...!! Aku nak tea break melihat matahari terbenam jatuh.. Tenangnya suasana diwaktu petang.. burung2 berkicau balik ke sarang.. angin sejuk hinggap ke pipi.. lalala.. "Terkejutnya Aku.." 0 commented. Click to comment. |
Author
Im Dian.A hopeless romantic Creative Designer and spend my time a lot at Creative Tomato, Petaling Jaya, Malaysia. Fav Links
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Archive
March 2006April 2006 May 2006 June 2006 July 2006 August 2006 September 2006 October 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 April 2007 May 2007 August 2007 October 2007 November 2007 January 2008 June 2008 Shout!
Free chat widget @ ShoutMix Credits
BloggerBlogskins ShoutMix Friendster Photobucket |